fbpx

24 kluster Aidilfitri, 804 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 24 kluster sambutan Hari Raya Aidilfitri telah direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam melibatkan sejumlah 850 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 3,309 individu telah menjalani ujian saringan dengan kebanyakan kes positif dilaporkan melibatkan individu yang tidak bergejala.

“Sebanyak 699 kes tidak bergejala telah dikesan berbanding 151 kes untuk yang bergejala.

“Data daripada KKM menunjukkan kluster Aidilfitri paling tinggi direkodkan di Tumpat, Kelantan iaitu 224 kes manakala kluster Aidilfitri Simpang Sahari di Wilayah Persekutuan Labuan pula merekodkan 123 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI