fbpx

Tengkorak wanita ada 13 kesan cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak dipercayai milik seorang wanita ditemui di dalam longkang di Jalan Makloom, George Town, Isnin lalu.

GEORGE TOWN – Tengkorak manusia yang ditemui di dalam longkang berhampiran sebuah premis di Jalan Makloom, di sini Isnin lalu dipercayai milik seorang wanita dengan 13 kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa dianggarkan berusia di antara 40 hingga 60 tahun dan dipercayai meninggal dunia sekitar enam hingga 12 bulan lalu.

“Bedah siasat mendapati kesan kecederaan pada tengkorak itu membabitkan kesan tikaman, luka dan torehan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis juga akan mendapatkan senarai orang hilang bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelasnya, setakat ini punca kematian masih belum dapat dipastikan dan pihak polis masih menyiasat sama ada ia membabitkan jenayah atau sebaliknya.

“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berhubung penemuan tengkorak itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan seorang kelindan lori terkejut selepas menemui satu objek dipercayai tengkorak ketika sedang menyalakan rokok di sebuah premis di Jalan Makloom, di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI