fbpx

Semalam duka, hari ini gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang netizen yang berjaya mendapat slot janji temu vaksin hari ini.

PETALING JAYA – Kebanyakan rakyat Malaysia yang mendaftar baki 956,609 tempahan vaksin AstraZeneca fasa kedua semalam gembira apabila menerima notifikasi janji temu suntikan mereka bermula hari ini.

Lebih mengujakan, ramai di antara individu yang bersusah-payah mendaftar semalam turut berjaya mendapat pengesahan slot janji temu walaupun menyangka mereka telah gagal berbuat demikian semalam.

Pesohor media sosial, Azfar Heri menerusi perkongsian di laman Twitter berkata, beliau mendapat notifkasi janji temu dos pertama pada 2 Julai ini.

“Semalam saya tak dapat daftar pun. Tapi bila periksa hari ini tiba-tiba dapat. Mungkin semalam saya buat senarai menunggu untuk semua tarikh agaknya. Apa-apapun saya amat teruja. Alhamdulillah,” ciapnya hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati tanda pagar aplikasi #MySejahtera turut menjadi sohor kini di laman Twitter dengan lebih 44 ribu kali diulang kicau pengguna media sosial berkenaan.

Tangkap layar mereka yang berjaya menempah slot vaksin

Seorang lagi netizen, Ziela, 39, berkata, dia mula mendaftar pada pukul 12.15 tengah hari semalam menggunakan telefon pintar dan komputer riba dan mendapati kesemua tarikh yang ingin dipilih di kawasan Kuala Lumpur telah penuh.

“Saya tidak putus asa dan ada beberapa kali selepas menghantar maklumat butiran diri saya terkeluar daripada sistem tersebut dan pada pukul 1.20 tengah hari saya dapati pendaftaran telah ditutup.

“Tapi kira-kira pukul 4 pagi semasa bangun sahur pagi tadi saya tengok ada notifikasi dari aplikasi MySejahtera yang mengatakan saya dapat tarikh untuk dos pertama pada 28 Jun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI