fbpx

Ranking ustazah ‘menggoda’ cetus kemarahan di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan kota raya Singapura dirakam pada 15 Mei lalu. - AFP

SINGAPURA – Wakil rakyat dan guru agama Islam (asatizah) di Singapura mengecam satu tinjauan menjelikkan yang dilakukan di sebuah platform  media sosial, lapor akhbar The Straits Times.

Tinjauan tersebut meminta  orang ramai menyenaraikan asatizah wanita atau ustazah berdasarkan daya tarikan seksual mereka daripada senarai yang diberikan. Perkara  itu pertama kali diketengahkan oleh guru agama tempatan, Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin dalam statusnya  di laman Instagram semalam.

Senarai itu mengemukakan sekurang-kurangnya 12 ustazah dan mendapat 1,005 penyertaan netizen.

“Saya menerima panggilan cemas daripada seorang ustazah dan terkejut! Semua yang disenaraikan adalah  adalah ustazah tempatan kami,” kata Ustaz Muhammad Zahid

Timbalan Pengarah Majlis Agama Islam Singapura, Ustaz Irwan Hadi turut menyuarakan kemarahan beliau berhubung kaji selidik tersebut dan mahu mereka yang bertanggungjawab dikenakan hukuman sekeras-kerasnya.

Mengulas kenyataan Ustaz Irwan, wakil rakyat tempatan iaitu Zhulkarnain Abdul Rahim memberitahu,  mereka yang bertanggungjawab mengadakan mengadakan tinjauan pendapat itu mesti dibawa ke muka pengadilan.

Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa tinjauan pendapat itu disiarkan di platform media sosial MeWe. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI