fbpx

Program AEON, GTR mudahkan program korban Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAFIE pada majlis pelancaran program Berkat Korban 2.0 di salah sebuah pasar raya AEON baru-baru ini.

PETALING JAYA – AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah bekerjasama dengan Grup Transformasi Ruminan (GTR) untuk menganjurkan program Berkat Korban 2.0 buat umat Islam yang menyambut Aidiladha tidak lama lagi.

Penganjuran kali kedua ini dibuat bersandarkan kepada sambutan baik yang diterima daripada masyarakat pada tahun lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Shafie Shamsuddin berkata, program ini adalah satu inisiatif untuk melaksanakan ibadah korban terutama sekali ketika negara masih berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

“Kita dapati terdapat kekangan ke atas masjid dan surau untuk melaksanakan ibadah korban.

“Jadi untuk memahami kesulitan tersebut, AEON berbesar hati menyediakan platform bagi memudahkan pelanggan menjalankan ibadah korban melalui Program Berkat Korban 2.0.

“Melalui program ini, semua daging korban yang dibungkus akan melalui proses SOP yang ketat dan patuh syariah untuk umat Islam menyempurnakan ibadat tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Selain itu, Shafie menerangkan, Berkat Korban 2.0 akan dilaksanakan di seluruh cawa­ngan AEON, AEON BiG dan MaxValu.

Ia akan menyediakan dua ka­tegori haiwan korban iaitu lembu dan kambing yang mana bagi se­ekor lembu seberat 210 kilogram (kg) hingga 250 kg akan dibahagi kepada tujuh bahagian.

Harga yang ditetapkan bagi satu bahagian adalah berjumlah RM880.
Tambah beliau, bagi harga se­ekor kambing seberat 28 kg hingga 30 kg sebanyak RM1,200.

“Harga ini adalah sama bagi mereka yang ingin menyum­bangkan bahagian korban mereka kepada golongan Asnaf,” ujarnya.

AEON menyasarkan sebanyak 500 ekor lembu dan 300 ekor kambing untuk program ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI