fbpx

Ponteng vaksinasi mungkin kena kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan mereka yang gagal hadir janji temu untuk vaksinasi Covid-19 bakal dikompaun ataupun dikenakan penalti tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, tindakan tegas itu akan dibawanya dalam perbincangan pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Covid-19 (JKJAV) tidak lama lagi.

“Langkah ini hanya akan dibuat setelah pendekatan sukarela dan pendaftaran menerusi pelbagai saluran dilaksanakan sepenuhnya tetapi individu itu masih tidak hadir juga,” katanya pada sidang akhbar secara maya di pejabatnya di sini hari ini yang turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebilangan besar masyarakat mungkin tidak menghargai nilai vaksin itu kerana beranggapan ia diberi secara percuma selain hasutan golongan antivaksin.

“Kerajaan memberi jaminan bekalan adalah cukup tetapi setiap vaksin ini ada tarikh luput dan perlu dimanfaatkan setiap individu yang diberi peluang menerusi janji temu tersebut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI