KLUANG – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun beserta enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kluang, di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol anak saudaranya, 14 Mei lalu.
Tertuduh yang berusia 39 tahun dan belum berkahwin itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol anak saudara perempuannya yang berusia 7 tahun 5 bulan di sebuah rumah beralamat di Simpang Renggam.
Dia yang tidak diwakili peguam itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 3.30 petang, 14 Mei 2021.
Atas kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun beserta sebatan jika sabit kesalahan..-K! ONLINE