fbpx

Pemandu teksi didakwa rompak, cederakan lelaki asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini terhadap tuduhan merompak seorang lelaki warganegara Myanmar menggunakan sebilah pisau hingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

T. Vigneswaran, 44, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Sohel Barua, 26, pukul 5.10 petang, 18 Mei lalu di kawasan hentian teksi Hospital Selayang dekat sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Nur Rajiah Mat Zin membenarkan pemandu teksi itu dijamin RM8,000 serta syarat tambahan agar melapor diri ke balai polis berdekatan.

Lelaki itu turut dilarang menganggu mangsa dan semua saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Shafie menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan RM4,000.

Mahkamah menetapkan 28 Jun ini bagi sebutan kes untuk serahan dokumen. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI