fbpx

Pasar Besar Kuala Berang, pejabat Rela ditutup akibat covid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Besar Kuala Berang diarah tutup selama seminggu bermula hari ini disebabkan penularan Covid-19.

HULU TERENGGANU – Pasar Besar Kuala Berang di sini diarah tutup selama seminggu sehingga 2 Jun ini oleh Jabatan Kesihatan Terengganu berikutan penularan Covid-19.

Penutupan pasar basah utama di daerah ini tersebut berkuatkuasa mulai pukul 1 petang hari ini mengikut Seksyen 18(1), Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Hulu Terengganu yang terletak di dalam premis Pasar Besar Kuala Berang turut terlibat dalam penutupan bagi kerja-kerja sanitasi tersebut.

Jurucakap Rela Hulu Terengganu berkata, penutupan Pasar Besar Kuala Berang terpaksa dilakukan selepas beberapa pekerja am di premis itu dilaporkan telah dijangkiti Covid-19.

“Sehubungan itu, pejabat Rela Hulu Terengganu akan ditutup dari pukul 12 tengah hari hari ini sehingga 3 Jun depan.

“Sepanjang tempoh itu, semua kakitangan Rela daerah ini akan bekerja dari rumah (BdR). Sebarang urusan boleh berhubung melalui telefon bimbit peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI