fbpx

Norman, Memey, Abby dan suami dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sambutan hari raya keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi yang tular di media sosial sebelum ini.

SHAH ALAM – Dua  pasangan selebiriti, Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza serta Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakari telah dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan, dua pasangan selebriti itu didakwa gagal mematuhi SOP PKP susulan penularan gambar sambutan Hari Raya Aidilitri mereka di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah mengesan penularan gambar tersebut di media sosial memaparkan sambutan hari raya keluarga selebriti berkenaan yang disyaki tidak tinggal sebumbung.

Katanya, kejadian disyaki berlangsung di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang di sini dan menerusi gambar itu kita dapati terdapat lebih kurang 13 individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan iaitu program ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.

Tambah Mohamad Farouk, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung isu tersebut dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI