fbpx

Lelaki mengamuk mati ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menunjukkan tempat suspek mengamuk dan ditembak mati di Kampung Ulu Mahang, Kulim hari ini. /FOTO AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah mati ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Ulu Mahang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, suspek berusia 44 tahun maut di lokasi kejadian.

Sebelum kejadian, suspek yang dipercayai dalam pengaruh dadah mengamuk sambil mengacukan parang ke arah penduduk kampung.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Roze Shaari berkata, suspek juga didakwa bertindak ganas apabila menyerang seorang warga emas lelaki sehingga mencederakan beberapa jari tangannya.

Katanya, pihak polis yang menerima maklumat daripada orang awam tentang kejadian amuk itu terus ke lokasi tersebut.

“Semasa anggota sampai di kampung itu, suspek telah menyerang seorang penduduk kampung dan cuba menenangkan suspek tetapi lelaki itu terus berlari ke sebuah bangsal sejauh satu kilometer.

“Dua anggota terbabit kemudian terus memujuk suspek supaya keluar dari bangsal dan menyerah diri tetapi dia cuba menyerang seorang anggota polis yang berada kira-kira tiga meter dari kedudukannya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI