fbpx

Lapan maut kejadian tembakan di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis dan penyiasat sedang memeriksa lokasi kejadian tembakan yang mengorbankan lapan orang mangsa. – AFP

SAN JOSE, CALIFORNIA – Lapan dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan di sebuah kemudahan kereta api di California, Amerika Syarikat awal pagi ini, lapor akhbar Mirror UK hari ini.

Kejadian yang berlaku di kawasan penyelenggaraan Pihak Berkuasa Pengangkutan Valley (VTA) itu turut mengorbankan suspek, menjadikan angka kematian keseluruhan seramai sembilan orang.

Suspek dilaporkan menembak dirinya sendiri sejurus polis tiba di lokasi kejadian.

Dalam insiden yang berlaku sekitar pukul 6.45 pagi (waktu tempatan) itu, suspek yang merupakan pekerja VTA, dikenalpasti sebagai Samuel Cassidy,57.

Dia dipercayai melepaskan tembakan ketika satu mesyuarat kesatuan pekerja sedang diadakan di kemudahan pengangkutan tersebut.

Polis menemui sekurang-kurangnya satu bahan letupan selain skuad bom turut melakukan kerja-kerja memeriksa kawasan sekitar.

“Jumlah mangsa tercedera sedang disahkan. Suspek telah terbunuh. Para pekerja dibawa keluar. Perkhidmatan VTA tidak terkesan,” tulis VTA di Twitter awal pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Sherif Daerah Santa Clara, Russell Davis berkata, para pekerja VTA adalah antara yang menjadi mangsa.

Kemudahan kereta api VTA terletak bersebelahan dengan Jabatan Sherif Daerah Santa Clara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI