fbpx

Jual arnab tampung perbelanjaan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HISHAMUDIN menunjukkan arnab peliharaan yang dijual menerusi jualan but kereta di hadapan Mahkamah Syariah Sendayan, Bandar Seri Sendayan, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Bermula dengan minat memelihara arnab, seorang bekas pekerja kilang menjadikan hobi itu sebagai sumber pendapatan bagi menampung perbe­lanjaan keluarga.

Hishamudin Hashim, 37, berkata, dia kini memiliki 40 ekor induk arnab di rumah keluarga­nya yang terletak di Bandar Seri Sendayan dekat sini.

“Saya berhenti kerja pada 2019 untuk fokus menjual haiwan peliharaan seperti arnab termasuk secara online. Bekalan diambil dari beberapa lokasi se­perti Temerloh, Kuantan dan Ipoh selain daripada rakan-rakan yang turut memelihara arnab.

“Perniagaan ini tidak ramai pesaing dan mendapat sambutan baik pelanggan.

“Bagaimanapun, pendapatannya tidak menentu, kadangkala saya perlu bersedia menerima tawaran harga lebih rendah daripada pembeli,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Menurut Hishamudin, padaperingkat awal, dia hanya menjual haiwan peliharaan pada hujung minggu.

“Walaupun hanya untung sekadar RM10 hingga RM15, ia tetap berbaloi. Kebanyakan pelanggan saya menjaga haiwan perliharaan mereka dengan baik.

“Perniagaan ini tetap ada ca­ba­rannya termasuk risiko haiwan mati. Saya pernah membeli arnab secara borong sebanyak 80 ekor, namun hampir 40 ekor daripadanya mati sebelum dapat dijual,” ujarnya.

Tambah Hishamudin, harga arnab peliharaan mampu mence­cah RM350 seekor terutamanya bagi baka yang diminati.

“Untuk menarik pelanggan, saya turut menjual ayam, itik, burung dan angsa,” katanya yang menjadikan akaun Facebook, Sham Pinklady sebagai medium mempromosi perniagaannya selain berniaga secara jualan but kereta di Sendayan Metro Park.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI