SEDANG asyik membaca komen-komen marah netizen dalam Twitter mengenai selebriti berniqab, terselit pula satu ciapan milik Nabila Huda yang menyita pandangan Mizz Lahar.
“Biarlah kita terkenal kerana bakat, kerjaya dan kebaikan yang kita lakukan.
“Janganlah terkenal sebab kebencian atau kesalahan yang kita lakukan. Sakit,” ciap Nabila.
Mendalam tetapi penuh kebenaran. Betul apa yang diluahkan Nabila, seseorang itu sepatutnya popular kerana kebaikan bukannya keburukannya.
Tidak pastilah ciapan tersebut ditujukan kepada siapa tetapi agak sesuai dengan situasi semasa.
Teguran Nabila itu juga untuk semua pihak termasuklah netizen pada hari ini. Popular dan dihormati biarlah kerana bakat bukannya disebabkan cela yang dilakukannya.
MIZZ LAHAR: Harap golongan muda segera daftarkan ibu bapa mereka untuk pengambilan vaksin. Sedih tau jika orang tua kita meninggal dunia sebab Covid-19.