fbpx

Ibu bapa kanak-kanak tular panjat beranda diberi amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak tersebut sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah kuarters penjawat awam, di sini.

PUTRAJAYA – Ibu bapa seorang kanak-kanak lelaki yang videonya tular kerana memanjat beranda di sebuah kuarters penjawat awam di sini telah diberi amaran oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, ibu bapa kanak-kanak itu diberi amaran agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka supaya kejadian sama tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Beliau berkata, Ketua Balai Polis Presint 7 bersama dua pegawai JKM telah mengunjungi rumah kanak-kanak itu petang tadi.

“Pegawai JKM juga telah mengambil butir-butir peribadi ibu bapa kanak-kanak tersebut dan menasihatkan agar kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka sentiasa dijaga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, pasangan suami isteri itu mempunyai enam orang anak, dan kanak-kanak yang tular itu merupakan anak keempat mereka.

“Ibu kanak-kanak itu seorang penjawat awam manakala bapanya adalah seorang pesara tentera,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berjalan dan bermain-main di luar beranda sebuah pangsapuri di sebuah kuarters penjawat awam, di sini.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan kanak-kanak itu memanjat pagar beranda dan berjalan di sepanjang kaki lima beranda itu sebelum menjenguk beranda di sebelah rumah jirannya.

Berdasarkan rakaman video itu, kanak-kanak berkenaan seperti sudah biasa memanjat pagar beranda berkenaan dan melakukan aksi ngeri. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI