fbpx

Heliza Helmi, Iesya Toh diminta tampil beri info penahanan ‘Dr. Nur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iesya Toh (kiri) dan Heliza Helmi diminta tampil mengemukakan maklumat berkenaan seorang warganegara Malaysia dikenali sebagai 'Dr. Nur' yang didakwa ditahan oleh pihak Israel.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (KLN) meminta penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi untuk tampil mengemukakan maklumat berkenaan seorang warganegara Malaysia dikenali sebagai ‘Dr. Nur’ yang didakwa ditahan oleh pihak Israel.

Turut diminta tampil berbuat demikian ialah pemilik akaun Instagram @iesya_toh, Iesya Toh.

KLN dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum perkongsian tular di media sosial berhubung penahanan ‘Dr. Nur’ namun tidak dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden yang menimpanya.

Katanya, semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati bahawa tiada individu bernama ‘Dr. Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

“Hal ini sekali gus menyulitkan usaha perwakilan Malaysia untuk menghubungi dan menyalurkan bantuan konsular sewajarnya kepada individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

KLN berkata, pihaknya juga telah cuba menghubungi dua individu yang didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur bernama Dr. Aida dan Dr. Shafiq bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ‘Dr. Nur’, namun kedua-duanya gagal dihubungi.

“Maklumat lanjut mengenai perkara ini adalah penting untuk pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk membantu ‘Dr. Nur’,” katanya.

Pada masa sama, KLN memaklumkan pihaknya telah berhubung dengan pihak-pihak berkuasa di negara ini untuk membantu mengenal pasti identiti dan keberadaan ‘Dr. Nur’.

Katanya, maklumat berkenaan laporan yang dikemukakan orang awam termasuk tangkap layar posting-posting berhubung insiden yang menimpa ‘Dr. Nur’ telah dikumpul dan dipanjangkan kepada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk siasatan lanjut.

“KLN sentiasa prihatin dan mengutamakan keadaan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara.

“Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya warganegara Malaysia di luar negara berada dalam kesulitan,” katanya.

Tambahnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih berhubung identiti serta keberadaan ‘Dr. Nur’ turut digesa untuk tampil dan mengemukakan maklumat tersebut melalui e-mel [email protected].

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang pegawai perubatan Malaysia dikenali sebagai ‘Dr Nur’ ditahan tentera Israel dan berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Aman Palestin dilaporkan mengesahkan tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penahanan itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI