fbpx

Guru Kafa rugi RM1,067 tertipu jualan emas lelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Hancur impian seorang guru Kelas Al-quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk bergaya dengan rantai tangan emas yang dibeli melalui dalam talian apabila dia menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 34 tahun dari Rompin melihat iklan lelongan emas harga murah di Instagram ‘kedai emas lelong official’.

“Mangsa tertarik untuk membeli seutas rantai tangan emas dengan harga RM217 dan telah berurusan dengan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah membuat dua kali pembayaran ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM1,067 pada 25 Mei lalu namun menyedari dirinya ditipu selepas penjual gagal dihubungi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin pada 26 Mei lalu dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI