fbpx

Geram sungguh nampaknya Mira Filzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH

KETIKA negara dilanda pandemik Covid-19, macam-macam perkara yang boleh mencetuskan kemarahan ramai terutama apabila berkaitan dengan golongan antivaksin.

Si cantik manis Mira Filzah turut tidak ketinggalan meluahkan rasa geram terhadap golongan tersebut.

Luahan rasa geram tersebut dikongsi Mira menerusi satu ciapannya yang mengulang siar mengenai isu seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai kesan negatif pengambilan vaksin dalam media sosial.

“Hendak cakap atau tak? Cakap sajalah.

“Boleh tak yang hendak muat naik apa-apa dalam Instagram, Twitter, kenyataan atau bergurau pakai otak sikit?” kata Mira dalam ciapan tersebut.

Betul juga apa yang ditegur Mira. Orang ramai seharusnya gunakan media sosial sebaik-baiknya untuk sebarkan kebaikan, bukannya keburukan.

Jangan buat masyarakat takut untuk mengambil vaksin seperti ‘mak teh’ yang popular dalam aplikasi WhatsApp ya.

MIZZ LAHAR: Tahniah kepada Riena Diana mendapat ibu baharu selepas bapanya yang berstatus duda berkahwin sekali lagi. Riena bila pula?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI