fbpx

Bicara Zahid tangguh susulan status peguam bertukar kontak rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SHAH ALAM – Perbicaran rasuah bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terpaksa ditangguhkan lebih awal atas tujuan keselamatan selepas status Mysejahtera salah seorang peguamnya bertukar kepada kontak rapat dengan simptom Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan Peguam Hamidi Mohd. Noh yang mewakili Ahmad Zahid kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa apabila status Peguam Aiman Abdul Rahman bertukar pada tengah hari ini iaitu daripada risiko rendah tanpa simptom kepada kontak kasual dengan simptom.

“Saya memaklumkan pertukaran status ini kerana tidak mahu memberi risiko kepada anak guam seterusnya mengurangkan risiko. Ini berikutan MySejahtera merupakan petunjuk kepada mereka yang pernah pergi ke tempat-tempat yang berisiko.

“Jika ini berlaku saya percaya, kita perlu mengurangkan kontak. Justeru, saya memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan untuk saya pastikan status tersebut kerana kita berada di dalam bangunan yang tertutup,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan perbicaraan ditangguhkan dan bersambung pada Selasa depan.

Pada prosiding hari ini, pihak pendakwaan memanggil saksi ketiga iaitu Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Siti Jalilah Abd. Manap.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI