fbpx

AstraZeneca akan dimasukkan semula dalam PICK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Vaksin AstraZeneca akan kembali dimasukkan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) berikutan sambutan menggalakkan yang diterima oleh orang ramai sepanjang tempahan vaksin itu dibuka secara sukarela sebelum ini.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang meneliti satu kemudahan yang akan diberikan kepada orang ramai yang mana mereka boleh memilih vaksin menerusi aplikasi MySejahtera yang akan ditambah baik tidak lama lagi.

“Kita lihat keraguan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca yang dikaitkan dengan trombosis atau pembekuan darah terhakis melalui sambutan baik yang diterima.

“Kita akan buat keputusan pada bulan mendatang, kerajaan tidak lagi akan melaksanakan AstraZeneca dan kembali dimasukkan dalam PICK,” katanya dalam sidang akhbar secara maya hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI