fbpx

Tular video individu ‘mengamuk’ di PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular di laman Twitter.

PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh dengan penyebaran rakaman video yang memaparkan seorang wanita ‘mengamuk’ di sebuah Pusat Pemberian Vaksin.

Video berdurasi 1 minit 27 saat yang dipercayai dirakam di PPV Pusat Pusat Konvensyen Sunway Pyramid itu memaparkan seorang wanita menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai temu janji vaksinasi kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi klip video itu, kedengaran wanita tersebut tidak berpuas hati kerana proses penerimaan vaksin untuk orang tuanya yang merumitkan.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Hasbullah Hassin melalui Twitternya berkata, kejadian itu berlaku berpunca daripada kesilapan mendaftar nombor kad pengenalan.

“Untuk makluman, itu ialah temu janji untuk bapanya. Apabila disemak, ia berlaku kerana kesilapan nombor kad pengenalan. Khairy Jamaluddin mendengar aduannya dan selesaikan segera.

“Temu janji untuk bapa wanita itu dikembalikan semula selepas pihak kami membetulkan semula nombor kad pengenalan penerima tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI