PELAKON dan juga model popular Terry Putri kembali bertarung nyawa selepas sekali lagi disahkan positif Covid-19 walaupun sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.
Perkara tersebut diumumkan sendiri pelakon sinetron Malin Kundang itu dalam Instagramnya.
“Semuanya akan baik-baik sahaja. Allah SWT ada,” tulisnya dalam Instagram.
Biarpun sekali lagi dijangkiti Covid-19, Terry menganggap perkara itu sebagai ujian buat dirinya dan tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk sembuh.
“Benar saya telah dijangkiti Covid-19 sekali lagi. Ada yang kasihankan saya, tapi saya tetap bersyukur dengan ketetapan yang terjadi.
“Kesakitan ialah penghapus dosa-dosa,” katanya.
Sehingga saat ini, Terry masih menjalani kuarantin kendiri dan melalui simptom kehilangan deria bau dan rasa akibat Covid-19.