fbpx

Slot penuh bukti ramai mahu disuntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penutupan pendaftaran vaksin AstraZeneca dalam tempoh kira-kira sejam setengah sejak ia dibuka pada pukul 12.15 tengah hari tadi membuktikan rakyat negara ini mahukan suntikan vaksin.

Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah dalam ciapannya berkata, dia menyaksikan sendiri keluh-kesah orang ramai yang gagal mendaftar hari ini.

Ciapan Dr. Rafidah tadi

“Saya menyaksikan keluh kesah semua. Dah tutup laman web sebab tempahan penuh ya? Ini menunjukkan rakyat Malaysia ramai yang nak vaksin!

“Saya sarankan buat sistem sama untuk tempat-tempat yang ramai tak datang temu janji. Kita beri yang nak dulu,” ciapnya di Twitter hari ini.

Laman web vaksincovid.gov.my ditutup sekitar pukul 1.28 petang hari ini setelah semua sejuta slot ditawarkan penuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI