fbpx

‘Semua bayaran saya untuk tabung Palestin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA LOY

PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib rakyat Palestin, pelakon Elfira Loy nekad ­menyalurkan semua bayaran bagi kolaboratifnya dengan jenama tudung terkenal Ameera Zaini kepada rakyat negara tersebut.

Menurut Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, dia tidak akan mengambil langsung bayaran hasil kerjasama dengan jenama Ameera Zaini di bawah kempen AZ PALOVESTINE yang telah dilancarkan baru-baru ini.

“Akhirnya berita ini dapat dikongsi. Kalau boleh hendak gunakan platform yang saya miliki untuk bantu mereka di Palestin.

“Bila tengok rekaan Amee­razaini yang melambangkan ketenangan, saya terus inginkannya untuk Palestin. Saya tidak akan ambil walau satu sen pun untuk kolaborasi ini kerana semuanya akan disumbangkan kepada penduduk di Gaza,” kongsinya dalam InstaStory semalam.

ELFIRA LOY

Dalam pada itu, menurut pemilik jenama tudung tersebut iaitu Ameera Zaini, pendirian pelakon drama Qalesya itu sa­ngat mengagumkan.

“Dia seorang yang sangat berinspirasi. Saya sangat berbangga dapat berkerjasama dengannya yang secara sukarela hendak menyertai kempen kami. 100 peratus usahanya akan disalurkan kepada kempen ini, semoga Allah SWT beri ganjaran untuk kebaikan Elfira,” tulis Ameera dalam InstaStorynya.

Difahamkan, tudung Amee­ra Zaini X Elfira Loy yang mempunyai dua rekaan corak jenis bawal tersebut dijual pada harga RM89 sehelai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI