fbpx

Scholes cadang tiga nama buat United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUINHOS (kanan) dilihat Scholes mampu menambah kekuatan United dan sesuai bergandingan bersama Maguire. – AFP

MANCHESTER – Bekas pemain tengah berpengaruh Manchester United, Paul Scholes memberi cadangan tiga nama untuk pasukan itu mendapatkan khidmat mereka pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Musim ini menyaksikan Uni­ted menamatkan saingan di tempat kedua ketinggalan 12 mata berbanding juara, Manchester City, manakala dipisahkan lima mata dengan Liverpool yang menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, United masih mempunyai tugas penting iaitu aksi final Liga Europa berdepan Villareal awal pagi esok tetapi apa jua keputusan pada perlawanan itu tidak akan mengubah sasaran United pada jendela perpindahan nanti.

Justeru, Scholes percaya tiga pemain iaitu, Jack Grealish, Jadon Sancho dan Marquinhos mampu menambah kekuatan dan kemampuan untuk United mencabar kejua­raan liga musim depan.

“Saya fikir United memerlukan pemain yang kreatif di bahagian tengah. Sancho atau Grealish, salah seorang daripada mereka ideal untuk pasukan
ini.

“United juga mampu menjadi lebih baik jika mampu memiliki seorang pemain pertahanan te­ngah yang menggunakan kaki kiri tetapi ia bukanlah sesuatu kemestian.

“Saya gembira untuk melihat ada pemain baharu yang mampu beraksi bersama Harry Maguire. Victor Lindelof sudah memberikan yang terbaik tetapi ia tidak cu­kup untuk membuatkan mereka menjuarai liga.

“Marquinhos dari Paris Saint-Germain mungkin pilihan yang baik kerana dia seorang pemain yang bijak dan sesuai bersama Maguire. Namun, sudah pasti soal harga menyebabkan idea ini tersekat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI