fbpx

RPO nafi buka pendaftaran vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kandungan mesej yang mendakwa Sultan Johor buka pendaftaran untuk program vaksinasi untuk rakyat Johor.

JOHOR BAHRU – Tular hebahan di aplikasi Whatsapp bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuka pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 buat rakyat di negeri ini hari ini.

Dalam hebahan tersebut, turut dinyatakan bahawa rakyat di negeri ini boleh membuat pendaftaran di laman sesawang https://www.immuplan.my/apply-now selewat-lewatnya pada pukul 8 malam ini.

Mesej itu bertebaran di aplikasi Whatsapp selepas tempahan untuk slot janji temu vaksin AstraZeneca di laman web vaksincovid.gov.my telah ditutup.

“Rakyat Johor boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 sehingga 8 malam ini.

“Sultan Johor membuka pendaftaran itu kepada rakyat Johor. Pergilah mendaftar,” kata individu yang menyebarkan mesej tersebut.

Bagaimanapun, Royal Press Office (PRO) ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut memaklumkan pautan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan Istana Johor.

“Immuplan adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan negeri dan ia tidak melibatkan pihak Istana,” ujar RPO ketika dihubungi di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI