fbpx

Puasa 40 hari 40 malam minta Tuhan beri Lamborghini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muradzira berpuasa sehingga 40 hari 40 malam dengan harapan diberikan sebuah kereta Lamborghini. - Getty Images

HARARE, ZIMBABWE – Seorang lelaki di Zimbawe hampir mati apabila berpuasa selama 40 hari 40 malam kerana berharap amalannya akan membuatkan Tuhan mengurniakannya sebuah kereta sport  Lamborghini, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa  di sebuah gunung bagi mengelakkan dia daripada dihantui rasa teringin untuk makan. 

Dia bagaimanapun diselamatkan selepas pengsan pada hari ke-33.

Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang penganggur terdesak untuk menghadiahkan Lamborghini tersebut kepada teman wanitanya.

Bagaimanapun, oleh kerana tidak mampu membeli kereta berharga £150,000 (RM879,231) itu, dia berpuasa selama 40 hari demi mengharap pertolongan Tuhan.

Malangnya, tindakan tersebut tidak berkesan dan ketua gereja tersebut, Bishop Mawuru berkata Muradzira seharusnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia sedang menganggur.

Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta tersebut dan jumlah kutipan yang diterima hanya £30 (RM175).

Wang tersebut digunakan bagi membiayai kos perubatan Muradzira. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI