fbpx

Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Rawang menghala ke ibu negara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.44 malam itu, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, sebatang pokok telah tumbang secara melintang ketika hujan lebat.

“Seramai sembilan anggota termasuk seorang komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama sebuah jentera telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Pokok tersebut telah menghempap seorang penunggang motosikal dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI