fbpx

Masih RM40 hingga RM45 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD REZUWAN ketika ditemui di kandang ternakan lembu tempatan yang diusahanya di Jalan Perak, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Peniaga da­gi­ng tempatan di pasar awam termasuk gerai penjaja di nege­ri ini tiada pilihan lain untuk mengekalkan harga barangan keperluan itu selepas berakhir tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021, 20 Mei lalu.

Harga RM40 hingga RM45 bagi sekilogram daging lembu tempatan juga dikatakan kekal sama di peringkat peruncit atau peniaga sepanjang skim tersebut dikuatkuasakan mulai 20 April lalu.

Cuma terdapat sebilangan kecil peniaga daging tempatan sahaja yang akur dengan arahan kerajaan dengan menjual mengikut harga kawalan se­re­n­dah RM20 hingga RM34 bagi setiap sekilogram daging cincang.

Difahamkan, ada peniaga terpaksa bertindak mencampurkan daging cincang tempatan dan import semata-mata mahu mengelak daripada dikenakan tindakan kompaun oleh pihak berkuasa sepanjang SHMPP berlangsung.

Seorang peniaga daging tempatan, Ahmad, 56, berkata, dia terpaksa mengekalkan harga sama bagi sekilogram da­ging lembu tempatan ketika ini kera­na tidak sanggup menanggung kerugian.

“Kami hanya merasai keuntungan kecil berbanding sebelum ini, di peringkat pembekal, mereka menjual pada harga RM32 sekilogram bersama tulang, tetapi, apabila sampai ke tangan kami, bekalan itu terpaksa dipi­lih dan dibuang bahagian tulang dan lemaknya. Jumlah berat berkurang dan kami mula tanggung rugi,” katanya.

Bagi pembekal daging tempatan, Mohammad Rezuwan Mazlan, 39, pula memberitahu, biarpun berlaku kenaikan harga lembu hidup tetapi dia mengambil pendekatan untuk mengekalkan harga sama iaitu RM31.40 bagi sekilogram.

“Naik sebanyak 30 sen menjadi RM15.50 sekilogram bagi harga lembu hidup di pasaran ketika ini.

“Namun saya masih mempu­nyai prinsip membantu golongan peniaga yang tersepit dengan harga jualan di pasaran,” jelas­nya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI