BANGKOK – Seorang penunggang motosikal di wilayah utara Thailand, Uthai Thani dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan raya berikutan matanya ditutupi pelitup muka yang dipakainya, lapor portal Thaiger, semalam.
Motosikal yang ditunggangnya Mew, 43, yang merupakan warganegara Myanmar, dikatakan hilang kawalan moto apabila penglihatannya dihalang pelitup muka sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.
Beberapa saksi memberitahu, mereka melihat pelitup muka menutupi mata mangsa dan percaya bahawa ia menghalang penglihatannya lalu menyebabkan kemalangan itu.
Menurut polis, Mew baru saja membeli motosikal itu sejam sebelum terlibat dalam kemalangan, malah beberapa komponen kenderaan itu masih berbungkus plastik.
Kemalangan berlaku di bahagian jalan yang melengkung dan kesan tayar sepanjang 10 meter dijumpai ketika polis tiba di lokasi kemalangan.
Orang ramai di tempat kejadian cuba ‘membangunkan lelaki itu’ dan pasukan penyelamat tempatan turut melakukan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan mati di tempat kejadian. – Agensi