fbpx

Kerajaan sedia bantu mangsa kemalangan LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penumpang yang mengalami kecederaan selepas tren LRT yang mereka naiki bertembung dengan tren lain berdekatan Stesen KLCC.- Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersedia membantu mangsa-mangsa kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya Isnin lalu.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, mangsa-mangsa yang layak sedia dibantu di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

Saravanan

“Bagi mangsa kemalangan yang terdiri daripada Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang berdaftar dan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Akta 789, mereka layak memohon faedah-faedah PERKESO jika kemalangan berlaku sewaktu menjalani aktiviti pekerjaan sendiri atau dalam perjalanan pergi bekerja atau balik ke rumah.

“Mengambil kira keadaan mangsa yang cedera dan mungkin sedang menjalani rawatan, saya menyeru majikan mahupun ahli keluarga mangsa supaya segera mengemukakan tuntutan permohonan faedah di mana-mana pejabat PERKESO yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 213 penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan dua tren LRT Kelana Jaya berhampiran Stesen KLCC dari arah stesen Kampung Baru di sini pada Isnin.

Jumlah itu melibatkan kira-kira 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI