fbpx

India siasat pengantin kahwin dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan pengantin ini tidak memakai pelitup muka dan mengabaikan penjarakan fizikal sepanjang majlis berlangsung – SWNS

NEW DELHI – Sepasang pengantin baharu di India melanggar sekatan perjalanan apabila mereka menyewa sebuah jet penumpang dan mengadakan majlis perkahwinan yang dihadiri lebih 160 tetamu.

Pihak berkuasa penerbangan awam telah mengarahkan siasatan dijalankan manakala kru pesawat tersebut digantung tugas.

Gelombang baharu Covid-19 menyaksikan angka korban di India melepasi 300,000 orang kelmarin dan kebanyakan negeri hanya membenarkan 50 tetamu untuk majlis perkahwinan. Namun, majlis perkahwinan pasangan itu dihadiri oleh 161 orang ahli keluarga dan rakan pengantin.

Menurut akhbar Hindustan Times, pasangan itu yang tidak didedahkan identiti mereka berkahwin dalam pesawat Spicejet dalam penerbangan dari Madhurai ke Bangalore.

Kesemua mereka dilihat tidak memakai pelitup muka dan tidak mengendahkan penjarakan fizikal. Foto perkahwinan itu dimuat naik di media sosial.

Ketua Direktorat Penerbangan Awam India berkata, Spicejet telah diarah untuk mengambil tindakan terhadap pasangan tersebut dan tetamu mereka. Kesemua mereka boleh dilarang daripada menaiki pesawat komersial pada masa akan datang.

“Ejen dan tetamu telah diberi taklimat terperinci berkenaan penjarakan fizikal dan peraturan keselamatan Covid-19 yang perlu dipatuhi di lapangan terbang dan di dalam pesawat sepanjang perjalanan.

“Biarpun selepas diberi peringatan berulang kali, penumpang tidak mematuhi peraturan tersebut dan pihak penerbangan akan mengambil tindakan yang sepatutnya,” kata pegawai Spicejet.

Beberapa negeri telah mengenakan sekatan perjalanan tegas sejak enam minggu lalu apabila gelombang koronavirus India mencatat lebih 120,000 kematian dengan jumlah kes sebanyak 26 juta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI