fbpx

Gagal seludup 240 kg daun ketum guna bot nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot nelayan yang digunakan untuk menyeludup daun ketum ke Thailand.

KUALA PERLIS – Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 240 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand dengan menggunakan bot nelayan gagal apabila dia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan ini hari ini.

Bot fiber dikendalikan suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kedudukan 0.6 batu nautika dari Pantai Kurong Tengar di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, berdasarkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan, sepasukan anggota PPM bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia menuju ke lokasi dilaporkan dan bertindak menahan bot tersebut.

Katanya, pemeriksaan mendapati hanya terdapat seorang suspek di dalam bot berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 24 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum.

“Kesemua daun ketum seberat 240 kg dan barang rampasan lain yang dianggarkan bernilai RM40,000 itu dibawa ke Jeti Kastam Kuala Perlis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek yang berasal dari Kampung Seberang Alor di sini ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kangar untuk siasatan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI