fbpx

Buruh miliki 70 bungkus air ketum ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 70 bungkusan berisi air ketum dirampas polis dalam satu serbuan di Felda Serting Hilir, di sini, awal pagi semalam.

JEMPOL – Seorang buruh berjaya ditangkap polis susulan dikesan memiliki 70 bungkusan cecair dipercayai air ketum dalam satu serbuan di Felda Serting Hilir, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap di hadapan rumah di dalam kawasan felda berkenaan kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Menurutnya, suspek yang negatif dadah itu dipercayai menjual air ketum berkenaan untuk pasaran setempat terutamanya di sekitar kawasan Serting.

“Dianggarkan nilai pasaran bagi 70 bungkusan air ketum ini ialah kira-kira RM840. Bagaimanapun, kebiasaannya setiap kali proses memasak ketum boleh menghasilkan kira-kira 200 bungkusan air ketum yang dianggarkan habis terjual dalam masa dua hari.

“Ada kalanya keuntungan mencecah RM800 sekiranya kesemua bungkusan berkenaan habis terjual,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chang Hook berkata, dalam serbuan berkenaan selain bungkusan air ketum, turut dirampas ialah satu tong berwarna kuning.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI