fbpx

Pergerakan dalam daerah sama lepas pukul 8 dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafien ketika mengadakan lawatan di sekatan jalan raya di Pauh Lima Bachok, Kota Bharu hari ini.

BACHOK – Polis Kelantan menjelaskan bahawa sebarang pergerakan individu di dalam daerah sama masih boleh dilakukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 meskipun semua perniagaan ditutup pada pukul 8 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, bagaimanapun, jika ada dalam kalangan orang awam yang mahu merentas daerah selepas tempoh masa yang dihadkan, individu itu perlu memohon surat kebenaran polis.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pergerakan dalam daerah yang sama tiada had masa. Saya dapati masyarakat kurang jelas dalam hal ini.

“Bagi yang mempunyai urusan perniagaan di luar daerah, orang ramai boleh memohon surat kebenaran daripada polis,” katanya pada sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima di sini hari ini.

Menurut Shafien, beliau terpaksa menjelaskan mengenai keadaan itu ekoran ada yang dilihat takut untuk keluar rumah sekiranya ada perkara penting selepas pukul 8 malam.

Katanya, bagaimanapun, sektor perniagaan tetap tidak dibenarkan untuk beroperasi selepas waktu itu.

Tambahnya, bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di lima lokaliti di negeri ini masih tidak dibenarkan sebarang pergerakan keluar dan masuk.

Dalam perkembangan lain, menurut Shafien berkata, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan berkaitan kes jemaah di surau Kampung Pauh Lima di sini yang solat tanpa penjarakan fizikal di dalam gelap untuk tindakan lanjut.

Katanya, polis akan mengambil keterangan beberapa jemaah surau itu selepas mereka tamat tempoh kuarantin selepas dipercayai positif jangkitan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI