fbpx

Anju dikecam rentas negeri untuk sedut lemak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anju berang selepas netizen mendakwa dia sengaja merentas negeri untuk urusan tidak penting.

PETALING JAYA – Perkongsian video oleh pelakon Zarina Anjoulie ketika dia sedang melakukan rawatan kecantikan untuk menyedut lemak (liposuction) di sebuah klinik di Kuala Lumpur telah mengundang kecaman netizen apabila dia didakwa merentas negeri tanpa sebarang urusan penting.

Enggan berdiam diri selepas dihentam pengikutnya dalam Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju lantang mempertahankan tindakannya apabila memberitahu apa yang dia lakukan itu (rawatan kecantikan) adalah atas tuntutan kerja.

“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat KL, kadang-kadang aku tak balik sebab esoknya kena siang (kerja). Aku duduk Nilai (Negeri Sembilan) jauh nak balik.

“Surat kebenaran aku dah mohon dekat Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa yang tidak puas hati, menggeletis boleh telefon terus ke balai polis untuk bertanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet!” tulisnya dalam Instagram.

Berkaitan keperluannya melakukan rawatan kecantikan menyedut lemak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada hari ini, Zarina memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah atas urusan kerja semata-mata.

“Bila orang bebel kata aku pergi KL taka da kepentingan, itulah cara aku cari duit dengan buat review (ulasan produk). Kau ingat semua duit sumbangan yang aku buat selama ini datang dari mana? Daripada ulasan produk!

“Bukan laki (suami) kau yang tanggung aku kalau aku tak kerja. Kerja aku sekarang ini buat ulasan tentang rawatan lipo (liposuction) dan dapat gaji. Sila hadam,” tegasnya.

Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Anak Pontianak itu turut berkongsi video ketika dia melakukan proses menyedut lemak di beberapa bahagian anggota badannya di sebuah klinik kecantikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI