fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Hari Wesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha disambut dengan kebiasaan baharu selain mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.
“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.
“Lindungi diri, lindungi semua,” titahnya menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Negara di sini tadi. -K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI