fbpx

3,000 tidak hadir vaksinasi di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) menemui penerima vaksin yang beratur sebelum masuk ke PPV Dewan Wawasan 2020 di Kangar pada Khamis lalu.

KANGAR – Kira-kira 3,000 daripada lebih 20,000 individu berdaftar tidak hadir janji temu suntikan vaksin Covid-19 di Perlis dengan memberikan pelbagai alasan antaranya tidak sihat dan enggan menerima vaksin jenis Sinovac.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd. Yusof memberitahu, kira-kira 16.57 peratus individu yang tidak hadir bagi pemberian vaksin fasa dua itu dicatatkan sehingga Jumaat lalu.

Katanya, alasan lain yang diberikan ialah penetapan tarikh tidak sesuai, tiada pengiring yang boleh membawa mereka ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), sedang menjalani kuarantin di rumah, telah berpindah dan memilih tarikh menerima vaksin bersama pasangan,

“Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan, kita boleh lihat bahawa mereka yang tidak hadir janji temu bukan kerana tidak mahu menerima suntikan vaksin tetapi disebabkan oleh faktor lain.

“Sehubungan itu, kita akan menambah baik kaedah bagi melancarkan proses pemberian vaksin ini kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azman, penjadualan semula tarikh pemberian vaksin akan dimaklumkan menerusi notifikasi MySejahtera secara automatik.

“Peringatan untuk hadir (janji temu) dilakukan melalui khidmat pesanan ringkat dan panggilan telefon melalui nombor perhubungan diberikan semasa pendaftaran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI