PUTRAJAYA – Seramai 2,583,048 individu telah menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berdasarkan data sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,647,183 individu menerima suntikan dos pertama manakala, seramai 935,865 individu lengkap pemberian dos kedua.
“Selain itu sebanyak 11,069,418 atau 45.60 peratus jumlah pendaftaran vaksin telah diterima bagi mendapatkan suntikan menerusi program PICK.
“Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,916,443 diikuti oleh Johor sebanyak 1,347,828 dan Sarawak sebanyak 1,182,031,” katanya dalam ciapan Twitter beliau di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru masyarakat untuk mendaftar bagi suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau laman web http://vaksincovid.gov.my atau dengan menghubungi 1800888828. -K!ONLIN