fbpx

12 kluster komuniti libatkan hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sehingga semalam sebanyak 12 kluster komuniti melibatkan sub-kluster hari raya dikenal pasti dengan 470 kes positif Covid-19 telah dikesan daripada saringan yang dijalankan terhadap 2,541 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster komuniti melibatkan hari raya itu ialah Kluster Jalan Tahir Manan (Selangor), Kluster Kampung Pangkal Payung dan Kluster Kepulauan Tumpat (Kelantan) serta Kluster Padang Lalang Dua (Pulau Pinang).

“Selain itu, Kluster Jalan Dara (Pahang), Kluster Simpang Sahari dan Kluster Patau-Patau (Labuan), Kluster Melikai, Kluster Deluxe, Kluster Abaka serta Kluster Muhibbah Dua (Sabah),” katanya berkongsi maklumat tersebut pada media sosial beliau di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, satu lagi kluster berkaitan hari raya ialah Kluster Taman Sourabaya Indah di Sarawak serta kesemua kluster tersebut ialah kluster aktif.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu kematian dilaporkan melibatkan Kluster Jalan Tahir Manan di Selangor, manakala terdapat dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi bagi Kluster Simpang Sahari di Labuan

“Jumlah ini dijangka akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI