fbpx

12 individu rentas daerah dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shukri memeriksa dokumen individu yang cuba merentas daerah Kota Setar menggunakan laluan tikus di Kampung Alor Ganu hari ini.

ALOR SETAR – Tindakan 12 individu menggunakan laluan tikus untuk merentas keluar atau masuk ke daerah Kota Setar yang dikenakan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mengundang padah apabila mereka dikompaun dalam dua operasi ‘snap-check’ di sini hari ini.

Operasi tersebut dilakukan di dua lokasi sekitar Kampung Alor Ganu dan Bukit Pinang di sini antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kompaun RM5,000 dikeluarkan kepada 12 individu yang merentas daerah tanpa surat kebenaran polis.

“Mereka yang berusia lingkungan 18 hingga 52 tahun memberi alasan keluar membeli barang, jumpa kawan dan ziarah ibu bapa tetapi gagal menunjukkan surat kebenaran merentas,” katanya ketika ditemui dalam operasi di Kampung Alor Ganu di sini hari ini.

Katanya, tiada tindakan penutupan jalan dilakukan di kawasan tersebut kerana ia menjadi laluan petugas dalam perkhidmatan perlu yang mempunyai surat kebenaran untuk bekerja.

“Empat kompaun juga dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain seorang lelaki etnik Rohingya turut ditahan bagi siasatan lanjut kerana gagal mengemukakan dokumen diri yang sah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI