fbpx

Ziarah raya, Ramadan punca peningkatan kluster keagamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis yang bertugas 24 jam melakukan pemeriksaan ke atas pengguna di SJR di Plaza Tol Bentong baru-baru ini. Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Aktiviti orang ramai sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri menjadi punca peningkatan kes Covid-19 sekali gus mencetuskan pertambahan kluster keagamaan yang kini merekodkan sebanyak 40 kluster.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, kes positif melibatkan kluster keagamaan dikesan susulan jangkitan baharu yang berlaku pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Setakat rekod semalam, sebanyak 40 kluster keagamaan dikesan di mana 19 kluster di Johor, 13 di Selangor dan lapan kluster melibatkan Melaka, Negeri Sembilan dan Kelantan,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI