fbpx

Siput pupus lebih cepat daripada dinosaur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siput amat penting bagi ekosistem dunia kerana ia merupakan makanan bagi burung, ikan dan beberapa haiwan lain. - Getty Images

LONDON – Satu kajian baharu terbaharu mendapati siput diancam kepupusan manakala kematian spesies itu lebih cepat berbanding kadar kepupusan dinosaur, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Satu pertiga daripada spesies siput termasuk siput babi dijangka pupus pada abad berikutnya akibat aktiviti manusia.

Kadar itu lebih cepat berbanding kepupusan tiga per empat hidupan di Bumi selepas sebutir asteroid dengan saiz sebesar sebuah bandar menghancurkan Teluk Mexico 66 juta tahun lalu.

Saintis-saintis berkata,  kemusnahan habitat, perubahan iklim, eksploitasi berlebihan dan pencemaran merupakan isu yang mengancam hidupan siput.

“Biarpun impak manusia terhadap biota dunia (kehidupan haiwan dan tumbuhan) terhenti hari ini, kadar kepupusan akan tetap tinggi untuk jangka masa yang lama,” kata Dr. Thomas Neubaeur yang merupakan ahli ekologi Universiti Justus Liebig di Giessen, Jerman. 

Siput sangat penting untuk ekosistem dunia kerana ia merupakan sumber makanan bagi kebanyakan burung dan ikan. 

Siput juga memakan kulat dan dedaunan yang membantu proses penguraian.

Kajian tersebut adalah berdasarkan 3,387 jenis siput Eropah yang masih hidup dan telah mati daripada 200 juta tahun yang lalu.

Secara puratanya, kadar kepupusan dijangka 1,000 kali lebih tinggi dan spesies air tawar yang hidup sekarang akan hilang pada abad berikutnya dan ia sangat membimbangkan.

“Kepupusan sesuatu spesies akan menyebabkan perubahan dalam komuniti dan akan mengganggu ekosistem dalam jangka panjang,” kata Dr. Neubauer. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI