fbpx

Sindiket pecah rumah babitkan kerugian RM600,000 tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) menunjukkan 10 buah kereta yang dirampas selepas berjaya menumpas sindiket ‘Goldcar’ pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. : Foto - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis Kelantan percaya pihaknya sudah menyelesaikan sebanyak 27 kes pecah rumah dengan nilai kerugian kira-kira RM600,000 di empat daerah selepas menahan tujuh anggota sindiket ‘Goldcar’ sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selepas menerima beberapa laporan berhubung kes pecah rumah Mac lalu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan Task Force untuk menyiasat kejadian tersebut.

Katanya, sebulan kemudian, empat suspek yang terlibat dalam kes itu berjaya ditahan manakala tiga lagi pada bulan ini di sekitar daerah ini Pasir Puteh, Bachok dan Tumpat.

“Siasatan mendapati, ahli kumpulan itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an dan mereka diketuai oleh seorang individu bernama Malik yang berusia 35 tahun. Empat daripada suspek merupakan ahli sindiket manakala tiga lagi dipercayai pelanggan yang membeli barangan daripada mereka.

“Dengan penahanan mereka, polis berjaya menemui semula 10 buah kereta, telefon pintar, komputer riba, jam tangan mewah dan dron dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah pecah rumah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Shafien, siasatan mendapati, suspek dipercayai akan bertindak memecah masuk rumah untuk merompak barangan kemas sebelum membawa lari kereta yang berada di halaman rumah mangsa.

Katanya, mereka juga tidak menggunakan sebarang senjata berbahaya ketika melakukan jenayah dan hanya menjadikan beberapa alat pertukangan sebagai kelengkapan utama untuk memecah masuk rumah mangsa.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini dan dalam tempoh beberapa bulan mereka berjaya memperoleh hasil sehingga mencecah RM600,000.

“Hasil semakan turut mendapati ketua kumpulan itu mempunyai 18 rekod jenayah lampau berkait kes pecah rumah, curi kenderaan, samun dan dadah. Selain itu, suspek juga merupakan bekas tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” katanya.

Ujar Shafien, ketujuh-tujuh suspek itu kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana terlibat jenayah pecah rumah dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI