fbpx

Sekatan tambahan bagi pengembara ke Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Wilayah Persekutuan Labuan akan berkuat kuasa pada Khamis ini sehingga 9 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sekatan tambahan dikenakan adalah pengembara wajib menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 tiga hari sebelum memasuki Labuan.

Selain itu, katanya, kuarantin wajib pengembara juga akan dilaksanakan iaitu selama 10 hari di rumah bagi penduduk asal Labuan manakala penjawat awam di rumah atau hotel untuk tempoh sama.

“Kuarantin 14 hari di hotel pula adalah bagi pelawat asing dari luar negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekatan tambahan lain pula, Ismail Sabri berkata, adalah pengguna Kad Harian Transporter diwajibkan mengambil ujian PCR setiap dua minggu dan wajib menjalani ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) setiap minggu.

“Sign on atau off ditangguhkan, manakala sign off dibenarkan dengan 14 hari kuarantin dan wajib menjalani satu ujian RT-PCR.

“Kapal Kumpit ditangguhkan buat sementara waktu. Pelaksanaan sekatan tambahan ini akan berkuat kuasa pada 27 Mei sehingga 9 Jun 2021,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI