fbpx

Rodgers kecewa Leicester terlepas peluang ke UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMIE Vardy meledak dua gol buat Leicester tetapi ia belum cukup apabila mereka tewas 2-4 kepada Spurs kelmarin. – AFP

LEICESTER – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers tanpa berselindung mengakui kecewa selepas pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di kedudukan kelima.

Pada aksi terakhir liga menentang Tottenham Hotspur di Stadium King Power malam kelmarin, The Foxes tewas 2-4, sekali gus terlepas slot beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Kata Rodgers, beliau kecewa kerana mereka sudah berjuang habis-habisan sepanjang musim untuk memastikan tempat dalam kelompok empat pasukan teratas, namun terpaksa akur dengan kekalahan pada aksi terakhir.

“Sangat-sangat mengecewakan kerana semua pemain sudah berikan yang terbaik sepanjang musim. Saya sering katakan sebelum ini, aksi liga ditentukan selepas 38 perlawanan dan kami gagal lakukannya.

“Bagaimanapun, saya tetap bangga dengan apa yang ditunjukkan oleh semua pemain. Walaupun turun sebagai underdog tetapi mereka hampir-hampir mengejutkan Tottenham,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga percaya ketiadaan dua tonggak pertahanan, Wesley Fofana yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-21 serta Jonny Evans menjadi punca kekalahan.

“Kehilangan Wesley Fofana pada separuh masa pertama menyebabkan kami tidak ada kelebihan dari segi ketinggian dan set-piece. Kami bolos dua gol menerusi situasi bola mati dengan ketiadaan Fofana dan Jonny (Evans),” jelasnya.

Pada perlawanan itu, Spurs memperoleh empat gol menerusi Harry Kane, dua gol Gareth Bale serta jaringan sendiri Kasper Schmeichel sementara Jamie Vardy menjaringkan dua gol buat Leicester. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI