fbpx

Polis Shah Alam fokus SOP pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (tengah depan) memantau pelaksanaan SJR di Bukit Jelutong, hari ini.-Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Rondaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan dipertingkatkan terhadap pengangkutan awam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, ini termasuk Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa(MRT), bas-bas kilang dan awam di bawah pentadbirannya dalam mengehadkan kapasiti 50 peratus penumpang seperti ditetapkan dalam SOP tersebut.

“Kita juga akan memastikan hanya seramai tiga orang dalam satu kenderaan agar semua pihak mematuhi SOP bagi mengekang pandemik Covid-19.

“Selain pengangkutan awam, rondaan juga akan dipertingkatkan di kawasan pembinaan dan industri,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi melakukan tinjauan di operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bukit Jelutong di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI