fbpx

Polis Indonesia berkas lelaki bakar al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek bakar al-Quran (baju hitam tengah) ditahan polis di Tanjung Duren, Jawa Barat. - Kompas.com

JAKARTA – Perbuatan biadap seorang lelaki di Indonesia membakar kitab suci al-Quran dan memuat naik rakaman tersebut di laman Instagram membawa padah apabila dia diberkas polis di Tanjung Duren, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita  Suara.com, hari ini.

Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Komisioner Besar Azis Andriansyah mengesahkan berita penangkapan tersebut.

“Benar, suspek bakar al-Quran itu sudah ditahan polis. Pada mulanya, kami menyangka dia seorang wanita kerana akaun Instagramnya menggunakan nama perempuan.

“Ternyata, suspek adalah seorang lelaki. Segala butir penangkapan akan diumumkan oleh Ketua Hubungan Masyarakat Metro,” jelas Azis.

Tindakan membakar al-Quran yang dimuat naik oleh akaun Instagram @ farhanah_santoso_245 tular di media sosial awal minggu lalu.

Berdasarkan video tersebut, jelas menunjukkan seorang individu dengan sengaja menyalakan api pada sebuah kitab al-Quran yang dibuka terbuka dan diconteng. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI