fbpx

Pencuri pam jet air kena sergah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV memaparkan pencuri pam jet air melarikan diri selepas disergah penghuni rumah.

KUALA LANGAT – Hasrat seorang lelaki mencuri pam jet air bukan sahaja tidak kesampaian malah disergah penghuni rumah dalam kejadian di Taman Bentara Telok Panglima Garang, di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 2.43 petang itu tular di laman sosial menerusi rakaman televisyen litar tertutup ( CCTV) berdurasi 1minit 14 saat.

Berdasarkan CCTV itu, pencuri yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda berwarna biru telah memasuki pekarangan sebuah rumah selepas pintu pagarnya tidak berkunci mangga.

Suspek memakai topi keledar sewaktu melakukan perbuatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, semasa kejadian bapa mertua kepada pemilik rumah tersebut yang berada di kediaman itu melihat suspek telah mengambil pam jet air dan cuba membawa lari peralatan itu.

“Bapa mertua pemilik rumah itu seterusnya menyergah lalu membuatkan suspek terpaksa melepaskan pam jet air itu.

“Suspek kemudiannya berjaya melarikan diri menggunakan motosikalnya dengan nombor pendaftaran tidak pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI