fbpx

Pembantu kebun sayur dihukum penjara, denda culik kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faizzuan dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seri Manjung selepas dihukum penjara dan denda kerana menculik seorang kanak-kanak perempuan Khamis lalu.

LUMUT – Seorang pembantu kebun sayur dihukum penjara 18 bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini selepas mengaku bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan di Seri Manjung, lima hari lalu.

Muhammad Faizzuan Zulkifli, 24, juga berhadapan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun daripada penjagaan ibu kandungnya yang sah yang berusia 37 tahun di hadapan premis My Pet Zone, Seri Manjung, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 20 Mei lalu.

Muhammad Faizzuan didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibaca di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil dan tertuduh pula diwakili Khoo Kok Tong.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI